SOALAN :
JAWAPAN :
Ada banyak hadith-hadith yang datang tentang berdoa selepas selesai solat fardu.
Antaranya ialah hadith yang diriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal r.a. :
أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ أخذ بيده وقال يا معاذُ واللهِ إني لَأُحبُّك واللهِ إني لَأُحبُّك فقال أوصيك يا معاذُ لا تَدَعَنَّ في دُبُرِ كلِّ صلاةٍ تقول اللهمَّ أعِنِّي على ذكرِك وشكرِك وحسنِ عبادتِك
Artinya : “Sungguhnya Rasulullah saw telah memegang akan tangannya dan berkata : Wahai Mu’az demi Allah sungguhnya aku mengasihi akan kamu dan berkata : Aku pesan kepada kamu jangan kamu tinggalkan pada belakang setiap solat yaitu kamu berdoa Ya Allah tolonglah aku atas menyebut-Mu dan mensyukuri-Mu dan atas mengelokkan ibadah kepada-Mu.”
Dan pada riwayat yang lain :
أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم أخَذ بيدِه يومًا فقال: يا معاذُ إنِّي واللهِ لأُحِبُّك فقال معاذٌ: بأبي أنتَ وأُمِّي يا رسولَ اللهِ، وأنا واللهِ أُحِبُّك فقال أوصيك يا معاذُ لا تدَعْ في دبُرِ كلِّ صلاةٍ أنْ تقولَ: اللَّهمَّ أعِنِّي على ذِكرِك وشُكرِك وحُسنِ عبادتِك
Artinya : “Sungguhnya Rasulullah saw telah memegang akan tangan Mu’az pada suatu hari lalu berkata : Wahai Mu’az demi Allah aku kasih akan kamu. Maka berkata Mu’az : Demi bapaku kamu dan ibuku wahai Rasulullah dan adalah aku demi Allah kasih akan kamu. Maka Nabi berkata : Aku berpesan akan kamu jangan kamu tinggalkan pada belakang setiap solat bahawa kamu berdoa Ya Allah tolonglah aku atas menyebut-Mu dan mensyukuri-Mu dan atas mengelokkan ibadah kepada-Mu.”
Hadith-hadith ini adalah sahih yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi dan Nasaie dan Ahmad dan Ibnu Hibban dan Baihaqi dan lainnya.
Dan telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair r.a. :
كان يقولُ في دبُرِ كلِّ صلاةٍ: لا إلهَ إلَّا اللهُ وحدَه لا شريكَ له له الملكُ وله الحمدُ وهو على كلِّ شيءٍ قديرٌ لا حولَ ولا قوَّةَ إلَّا باللهِ لا نعبُدُ إلَّا إيَّاه له المَنُّ وله النِّعمةُ وله الفضلُ والثَّناءُ الحسَنُ لا إلهَ إلَّا اللهُ مخلِصينَ له الدِّينَ ولو كرِه الكافرونَ ويقولُ: كان رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم يقولُ هؤلاءِ الكلماتِ دبُرَ كلِّ صلاةٍ
Artinya : “Adalah beliau berkata pada belakang setiap solat : لا إلهَ إلَّا اللهُ وحدَه لا شريكَ له له الملكُ وله الحمدُ وهو على كلِّ شيءٍ قديرٌ لا حولَ ولا قوَّةَ إلَّا باللهِ لا نعبُدُ إلَّا إيَّاه له المَنُّ وله النِّعمةُ وله الفضلُ والثَّناءُ الحسَنُ لا إلهَ إلَّا اللهُ مخلِصينَ له الدِّينَ ولو كرِه الكافرونَ Dan beliau berkata : Adalah Rasulullah saw berkata akan kalimah-kalimah ini pada belakang setiap solat.” (Hadith riwayat Imam Ibnu Hiban di dalam Sahihnya)
MAKSUD DOA DIBELAKANG SOLAT
Bermula maksud sabda Nabi saw berdoa dibelakang setiap solat itu di sisi jumhur ulamak ialah selepas dari memberi salam.
Kerana berdalil kan dengan hadith-hadith yang lain yang menyuruh berzikir yang juga menggunakan ibarat (penggunaan perkataan) dibelakang sekelian solat.
Pada hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari :
تُسَبِّحُونَ وَتَحْمَدُونَ وَتُكَبِّرُونَ خَلْفَ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ
Artinya : “Hendaklah kamu sekelian bertasbih dan bertahmid dan bertakbir dibelakang sekelian solat sebanyak tiga puluh tiga kali.”
Dan pada hadith Imam Muslim :
تُسَبِّحُونَ وَتُكَبِّرُونَ وَتَحْمَدُونَ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ مَرَّةً
Artinya : “Hendaklah kamu bertasbih dan bertakbir dan bertahmid pada belakang setiap solat akan tiga puluh tiga kali.”
Dan pada riwayat Imam Ahmad :
أمَرَنا أنْ نُسبِّحَ في دُبُرِ كلِّ صلاةٍ ثلاثًا وثلاثينَ، ونَحمَدَ ثلاثًا وثلاثينَ، ونُكبِّرَ أربعًا وثلاثينَ
Artinya : “Telah menyuruh akan kami (oleh Nabi) bahawa kami bertasbih pada belakang setiap solat tiga puluh tiga kali dan kami bertahmid tiga puluh tiga kali dan kami bertakbir tiga puluh empat kali.”
Hadith-hadith ini menjadi dalil bahawa maksud dibelakang setiap solat itu ialah selepas dari memberi salam kerana tidak ada seorang pun dari zaman salaf sampai ke hari ini mereka yang bertasbih dan bertahmid dan bertakbir tiga puluh tiga kali sebelum salam.
Berkata Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqallani :
قوله باب الدعاء بعد الصلاة أي المكتوبة وفي هذه الترجمة رد على من زعم ان الدعاء بعد الصلاة لا يشرع
Artinya : “Bermula kata Imam Bukhari “Bab Berdoa Selepas Solat” artinya selepas solat fardu. Pada terjemahan Imam Bukhari ini menolak pendapat mereka yang menyangka bahawa doa selepas selesai solat itu tidak diperintah.” (Kitab Fathul Baari Syarah Sahih Al-Bukhari)
Dan tersebut pada Kitab Fathul Mun’im :
واستدل به البخاري على فضل الدعاء عقيب الصلاة
Artinya : “Imam Bukhari telah berdalil dengan hadith ini atas kelebihan berdoa setelah selesai dari solat.” (Fathul Mun’im Syarah Sahih Muslim)
Dan lagi pula Imam At-Tabari telah meriwayatkan dari Ja’far bin Muhammad As-Sadiq kata beliau :
الدعاء بعد المكتوبة أفضل من الدعاء بعد النافلة كفضل المكتوبة على النافلة
Artinya : “Bermula doa selepas solat fardu itu ialah lebih afdhal dari doa selepas solat sunat seperti kelebihan solat fardu atas solat sunat.”
SUNAT BERDOA SELEPAS SALAM TANPA KHILAF
Adalah hukum berdoa selepas salam solat itu disunatkan tanpa khilaf sebagaimana disunatkan berdoa sebelum salam.
Berkata Imam Nawawi :
قد ذكرنا استحباب الذكر والدعاء للإمام والمأموم والمنفرد وهو مستحب عقب كل الصلوات بلا خلاف
Artinya : “Sungguh telah kami sebut disunatkan berzikir dan berdoa bagi imam dan makmum dan yang sendirian. Dan ialah disunatkan selepas selesai setiap solat dengan ketiadaan khilaf.” (Kitab Al-Majmu’)
Kesimpulannya berdoa selepas selesai dari solat yaitu selepas salam itu sunat hukumnya.
Perkataan yang mengatakan berdoa selepas solat itu bidaah bukan dari perkataan ulamak tetapi perkataan orang awam.
wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Post a Comment